Timbalan Presiden KEADILAN Dr Syed Husin Ali mendedahkan kemarahan bekas Setiausaha Agung Datuk Salehuddin Hashim terhadap parti berpunca daripada permohonan beliau untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang dengan gaji bulanan sebanyak RM50,000 ditolak.
“Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” [...]
Written on March 2, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
20 Comments
Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng Isnin mengumumkan beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta kerana “kecewa dengan kepimpinan parti itu”.
Mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar di sini, Tan berkata beliau kini seorang wakil rakyat bebas.
Pada Rabu lepas, Tan menghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataannya yang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang [...]
Written on March 1, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
7 Comments
Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.
Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.
“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR [...]
Written on March 1, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
11 Comments
Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.
Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.
Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan [...]
Written on March 1, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
9 Comments
Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat jemputan debat oleh Pemuda Pakatan Rakyat kelmarin jelas menggambarkan sayap parti itu sekadar berkokok sahaja tetapi takut berdepan dengan fakta yang sebenar.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, tindakan itu juga menunjukkan Pemuda Umno itu tidak sanggup berhadapan dengan sayap Pakatan Rakyat yang dilihat lebih [...]
Written on February 24, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
18 Comments
Lim Guan Eng menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Umno serta seluruh media talibarut mereka yang mendakwa bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu membatalkan perarakan Maulidul Rasul yang dijadualkan 26 Februari depan.
Dakwaan jahat itu dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia, kemudiannya mendapat ulasan penuh emosi dari pemimpin-pemimpin Umno kononnya ia satu lagi agenda kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai [...]
Written on February 22, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
4 Comments
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 [...]
Written on February 14, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
8 Comments
Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq – gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.
Ia [...]
Written on February 5, 2010 | Posted in
berita,
berita top,
pulau pinang |
15 Comments
PULAU PINANG, 31 Jan: Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyifatkan semua kenyataan bekas Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tidak lebih daripada untuk meraih populariti dan sarat dengan agenda peribadi.
Sehubungan itu, ketuanya, Amir Haji Ghazali mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahrain yang terus memburuk-burukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Umum [...]
Written on February 1, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
Leave a comment
GEORGETOWN, : Nampaknya Datuk Zahrain Mohd Hashim keseorangan dalam menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang. Rakan-rakan beliau sendiri terutama yang bekerja terus di bawah Lim Guan Eng menolak dakwaan Zahrain itu.
Bahkan, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim (GAMBAR) menasihatkan bekas Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang itu tidak terperangkap dan [...]
Written on February 1, 2010 | Posted in
berita,
pulau pinang |
Leave a comment