Sabahdaily » terengganu

Pemimpin Pemuda Umno diberkas terbabit dadah
KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

“Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah berkenaan jam 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

“Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada merekA kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. - Bernama

Ayah Pin Sengaja DiGhaibkan?
Menjelang 1 Syawal baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Pegawai Agama Daerah Besut, Nik Zulhaiza Ismail menafikan pengamal ajaran sesat yang murtad, Ariffin Mohamad, pulang ke kampungnya di Batu 13 Hulu Besut.

Perkara yang sama pernah berlaku pada November, tahun lalu.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin, setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

“Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air.

“Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu,” kata Musa.

Bernama melaporkan, Musa menegaskan demikian ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau diberitahu, Ayah Pin sengaja tidak ditahan bagi mengelakkan berlakunya konflik perlembagaan antara kerajaan negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat.

Katanya, ia adalah ekoran kejayaan PAS Terengganu menabalkan perlembagaan Islam yang terkandung hukuman hudud kepada sesiapa yang murtad dari Agama Islam.

”Kita telah berjaya meletakkan satu asas yang Barisan Nasional tidak berani buang, ada orang kata…WaLlahu’alamlah, mengapa Ayah Pin tidak ditahan?,

”Kalau Ayah Pin ditahan, dia akan dibicarakan di Mahkamah Syariah, Undang-undang Jenayah Syariah adalah undang-undang Hudud, mesti undang-undang hudud dikenakan,”katanya

Menurutnya, sekiranya itu berlaku, akan berlaku percanggahan perlembagaan dan ia akan menjadi satu isu yang besar dalam negara ini.

”Dengan sebab itu Ayah Pin di ghaibkan,”ujarnya ketika menyampaikan Ucaputama pada Majlis Ijtima’ Eidul Fitri dengan Perantau di Kuala Ibai, pada 21 September lalu.  -KalamPerantau

Ahmad Said ugut saman akhbar
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada sebuah akhbar tempatan supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.

Katanya, jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept lepas.

“(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu hari ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk ‘Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu’ itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.

Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik.

“Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran.

“Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya,” katanya.

Mengenai laporan portal berita The Malaysian Insider bahawa beliau menolak tawaran menteri pusat bagi membolehkan beliau meletakkan jawatannya di Terengganu, Ahmad menafikan pernah menerima tawaran itu.

Katanya berita itu mempunyai unsur fitnah dan spekulasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan sama terhadap portal berita itu seperti dilakukan kepada akhbar tempatan terbabit, Ahmad berkata beliau akan melihat berita itu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. BERNAMA

Tiada kerajaan baru di Terengganu ?
Sekarang ini, SPR mempunyai satu lagi peranan baru, iaitu memutuskan kes sama ada kerusi tersebut kosong atau tidak. Sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah sebagaimana kes tiga ADUN Perak sebelum ini.

Dalam keadaan suasana politik yang tidak memihak kepada parti pemerintah sekarang ini, pilihanraya kecil akan menjejaskan lagi kredebiliti UMNO dan Barisan Nasional bila tewas dalam semua 7 pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjong selepas ledakan politik yang berlaku dalam pilihanraya umum ke-12 pada Mac, 2008.

Apa pun alasan yang diberikan oleh SPR bagi membenarkan keputusannya, rakyat sudah tidak dapat diyakini dengan mudah sekarang ini. Saya diberitahu, perlembagaan Negeri Kedah tidak menyebut Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang TANPA menyebut  tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

Pihak yang sepatutnya mentakrifkan tentang perlembagaan ini adalah sepatutnya mahkamah. Jadi bagi membolehkan mahkamah menentukannya, sudah tentu perlu ada pihak, sama ada pengundi atau mana-mana pihak yang berkepentingan dalam kes ini untuk memfailkannya di mahkamah terlebih dahulu bagi membolehkan hakim membuat tafsiran sama ada dalam satu penggal yang sama ataupun tidak.

Malah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan dan mengambil tindakan lanjut termasuk jika terpaksaa membawa perisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

Tiada ADUN lompat di Terengganu

Dalam Siasah keluaran lepas saya hanya membuat komen sepintas lalu berhubung khabar-khabar angin ADUN UMNO akan melompat kepada PKR bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di Terengganu.

Bermula dengan laporan dari The Malaysian Insider, kini berita sembilan Adun Umno Terengganu akan melompat parti semakin panas diperkatakan. Saya menjadi lebih terkejut bila muka depan Siasah keluaran yang sama meletakkan andaian “Harun Taib bakal MB”.

Saya tidak pasti apa tujuan Siasah menjadikan berita ini tajuk utama seolah-olah ianya benar-benar hampir berlaku dan akan menjadi kenyataan menyebabkan ramai teman-teman di Terengganu yang menghubungi saya untuk mengetahui maklumat terkini perkembangan yang berlaku di Kuala Lumpur kerana di Kuala Terengganu kata mereka masih sunyi lagi tambah lagi gossip politik “kedai kopi” ditutup sementara dalam bulan Ramadhan ini.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam kolum ini pada keluaran lepas, Datuk Harun Taib yang menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu pun dilaporkan terkejut dan tidak tahu menahu dengan perkembangan tersebut. Malah beliau mendakwa ada bertemu dengan Anwar Ibrahim dalam satu program ceramah di Kemaman baru-baru ini tetapi tidak ada pula dimaklumkan perkembangan tersebut.

Setelah beberapa risikan dilakukan dikalangan yang rapat dengan UMNO, memang ketidakpuasan hati ADUN UMNO Terengganu dan perang dingin secara terbuka terhadap Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang bukan pilihan mereka begitu memuncak tetapi untuk menyakini bahawa mereka melompat kepada pembangkang adalah amat mustahil, seperti yang disebut oleh ADUN Ajil, Dato’ Rasol Wahid, jurucakap kumpulan berkenaan tetapi dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku.

Sungguhpun ada wakil rakyat yang mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti kepada PKR sejak dua bulan lepas, tetapi seorang pemimpin PAS Terengganu yang tidak mahu dikenali berkata beliau tidak yakin pemimpin UMNO akan melompat ke pihak pembangkang walaupun untuk menubuh kerajaan selagi kerajaan Pusat masih dikuasai oleh UMNO.

Katanya, pemimpin UMNO tidak seperti pemimpin PAS yang tahan diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran. Pengalaman kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lain-lain negeri selepas Mac, 2008 membuktikan bahawa UMNO tidak akan membiarkan kerajaan negeri berkenaan akan aman dan tenteram memerintah.

Selepas kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan secara tidak demokratik, sekarang ini  kerajaan Selangor dan Kedah pulak berada dalam senarai sasaran mereka untuk ditumbangkan dalam jangkamasa terdekat, mungkin dengan cara dan taktik yang sama.

Tidak cukup dengan tindakan-tindakan politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang aktif mengendalikan tindakan-tindakan mereka setelah dikatakan berjaya memainkan peranannya di Perak sebelum ini.

Berbagai-bagai isu dan serangan psikologi kepada exco-exco dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan dilakukan.

Berbalik kepada negeri Terengganu ini, pada saya adalah agak mustahil ADUN-ADUN UMNO yang telah mendapat berbagai nikmat dan kesenangan kehidupan sebelum ini sanggup memperjudikan diri mereka menghadapi ancaman seperti ini kerana mereka hanya tidak bersetuju dengan Menteri Besar sahaja dan bukannya perjunagan UMNO dan BN itu sendiri.

Malah ada ahli-ahli PAS dan PKR yang melihat pembentukan kerajaan secara melompat tidak akan kekal lama dan akan menghakis integriti politik baru yang sedang diwar-warkan serta meranapkan keyakinan rakyat..

Kegagalan demi kegagalan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang berlaku sekarang ini menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan kepada mereka untuk terus menerajui Terengganu.

Pilihanraya umum ke-13 akan diadakan kurang lebih dua tahun sahaja lagi merupakan merupakan medan terbaik untuk PR untuk menawan Terengganu. Kejayaan memenangi pilihanraya adalah lebih bermaruah untuk membentuk kerajaan.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

Adun UMNO Boikot Muhyiddin?
Dilaporkan hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang hari ini.

Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri hari ini. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.

Muhyidin juga mengakui Umno Terengganu sekarang dilanda krisis.

“Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.

“Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar … lepas hari raya atau bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.

Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu.

Muhyidin sampai ke Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi dan terus ke Hulu Terengganu untuk mengadakan pertemuan itu. Turut serta bersama beliau adalah Datuk Seri Hishamudin Hussein yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu serta datuk Ahmad Said, timbalan beliau yang juga MB Terengganu.

Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud dan solay Isyak serta terawih di Masjid Telok Menara, Manir iaitu dalam Dun yang diwakili oleh Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang Dun Terengganu.

Mahyudin ke Terengganu di tengah-tengah berita panas yang melibatkan Umno Terengganu. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, sembilan Adun Terengganu dikatakan akan melompat ke PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat sebuah hotel di Kemaman. -GB

BN Serang Selangor, PR Serang Terengganu
Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu. Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini.

Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa. Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.

Goyah Di Terengganu

Menariknya kali ini, dalam Najib berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor dengan cara yang tidak diketahui, pada masa yang sama Anwar pula dilaporkan pernah berjumpa dengan ADUN Terengganu yang tidak puas hati kepada MB Terengganu Ahmad Said.

Ada laporan menyebut ADUN tersebut mengugut untuk keluar dari Umno dan menyertai PKR. Sesuatu yang tidak mustahil juga boleh berlaku diterengganu.

Terbaru, seorang Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said.

Khabarnya 9 orang ADUN BN sedang berkira-kira untuk membuat kejutan. Jika mereka menyertai PKR dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS maka kerajaan BN Terengganu akan tumbang dan kerajaan PR Terengganu dapat dibentuk.

Namun jika ianya menjadi kenyataan kerajaan tersebut pastinya kerajaan yang tidak kukuh dan longgar kerana ianya dianggotai oleh ADUN BN yang tidak puashati terhadap Ahmad Said bukannya tidak suka kepada prinsip dan kebobrokan BN. Bila-bila masa mereka boleh berubah.

Layan tuntutan ADUN atau keluar Umno?
Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008. -Malaysiakini

Anak muda hilang arah di Hari Merdeka 52 Tahun
[VIDEO] – Rakyat negeri Terengganu ‘seolah-olah’ hilang arah tuju apabila pentadbiran negeri ini hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal tanpa memberikan fokus kepada pembinaan insan.

Pada penggal lalu, slogan ‘Impian menjadi Realiti’ menjadi zikir yang sentiasa diucapkan bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Slogan itu tidak sah jika diungkapkan dengan tidak disambung bersama wirid ‘Tidak Pernah Sebelum Ini’ Terengganu jadi begini.

Idris mengulang-ulang ’zikir dan wirid’ tersebut supaya ia disematkan ke dalam pemikiran rakyat Terengganu, kehebatan dirinya dan pentadbirannya bagi membukti janji pilihanraya 2004.

Pada pilihanraya umum ke 11, tahun 2004, Idris yang mendapat dokongan kuat Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan membawa ’pembangunan yang tidak pernah’ dilihat sebelum ini.

Kini, janji-janji tersebut menjadi ’badi’ dengan pelbagai peristiwa yang berlaku keatas negeri Terengganu benar-benar ’tidak pernah dilihat oleh mata’ rakyatnya.

Realiti yang benar-benar diimpikan oleh Idris, sebaliknya menjadi ’mimpi ngeri’ dengan kejadian stadium runtuh, pusat akuatik bocor dan siling lapangan terbang yang seing tercabut.

Pentadbiran negeri dibawah pengganti Idris, Dato’ Ahmad Said pula menghadapi pelbagai kesukaran sejak awal pelantikannya.

Ahmad masih tidak dapat ’berpijak dibumi nyata’ apabila kerajaan pimpinanya tidak dapat melangsungkan apa-apa program walaupun pelbagai slogan Idris diganti dengan ’merakyatkan pentadbiran’.

Kerajaan negeri dibawah pimpinan Ahmad yang sentiasa disaluti ’kontroversi’ juga tidak dapat memberi penumpuan kepada pembinaan insan.

Impak negatif kesan kekosongan pengisian jelas melanda golongan muda dan belia di negeri ini.

Kemunculan kumpulan ’punk’ dikalangan belia Terengganu membuktikan kegagalan slogan ’generasi ’Ulul-Albab’ Idris.

Kumpulan yang entah dari mana itu muncul kali pertama pada malam tahun baru 2008.

Selepas pilihanraya ke 12, pada Mac tahun 2008, Ahmad Said yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tidak mempunyai dasar belia yang jelas.

Ekoran kepincangan tersebut, gejala keruntuhan moral dan akhlak remaja dan belia semakin parah.

Ia jelas dengan pendedahan yang dibuat oleh Exco Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Razif dalam menjawab soalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengatakan seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Fenomena tersebut jelas bila sebuah akhbar tempatan melaporkan tangkapan khalwat dan zina berlaku secara berleluasa terutamanya di daerah Dungun.

Selain itu, kegiatan tidak bermoral bukan sahaja melanda peringkat menengah dan pengajian Tinggi malah, beberapa pelajar sekolah rendah yang dibekalkan komputer e-book turut terlibat dengan penyimpanan gambar lucah.

Walaupun statistik jenayah negeri dilaporkan menurun, namun gejala keruntuhan akhlak dan moral semakin meningkat.

Kegiatan ’merempit’ sudah menjadi rutin hujung minggu dan menjadi cukup kritikal apabila Mat Rempit dilaporkan bukan sahaj melanggar sekatan jalanraya, malah beberapa kali dilaporkan ’bertempur’ dengan pihak polis.

Sumber polis memaklumkan kegiatan rempit mempunyai kaitan rapat dengan penagihan dadah terutama dadah sintetik.

Kegiatan pengedaran pil kuda sudah turun ke pringkat paling bawah sehingga menjadikan pelajar sekolah rendah sebagai perantaraan rangkaian ’pemasaran’ dadah tersebut.

Sehingga semalam, malam menjelang 31 Ogos, ulang tahun kemerdekaan negara, pelbagai kumpulan ’hybrid’ remaja dan belia muncul, menunjukkan kecelaruan hala tuju rakyat dibawah pentadbiran Umno dan BN.

Walaupun tidak ada apa-apa majlis sambutan dianjurkan oleh kerajaan negeri, perhimpunan ’haram’ menyambut ’count down’ jam 12 malam telah diadakan terutamanya di perkarangan Taman Shahbandar dan stesen bas Tanjung.

’Tidak pernah sebelum ini’ anak muda, remaja dan belia mengadakan majlis tarian secara terbuka, ditempat awam dan disertai khalayak ramai tanpa segan dan silu. -Buletin Online

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/OstXUUoq0rE&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&feature=player_embedded&fs=1" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/OstXUUoq0rE&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&feature=player_embedded&fs=1" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></object>

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/t6B6IVjGCUg&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&feature=player_embedded&fs=1" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/t6B6IVjGCUg&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&feature=player_embedded&fs=1" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed></object>

Terengganu: Ada rundingan keluar Umno
Wakil rakyat Umno Terengganu ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

“Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu,” katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

“Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar,” kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: “Tidak ada.”

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

“Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti,” katanya.

Sementara itu, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pula tidak tahu-menahu mengenai rancangan sembilan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai PKR.

“Saya sendiri tidak pernah mendengar (nak lompat). Belum ada lagi yang nak lompat,” kata wakil rakyat Umno itu.

Terengganu: ADUN BN 'protes senyap'
Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.

Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada siding akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.

Katanya, perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Dulu mereka tidak puas hati saya jadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan kita ganti dengan Dato’ Hishamuddin pun tidak selesai masalah.

“Mereka tidak puas hati ‘Pok Rosli’ (Dato’ Rosli Mat Hasan) jadi Setiausaha Perhubungan dan kita tukar kepada orang lain pun tidak selesai masalah.” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu menyifatkan masalah tersebut sukar diselesaikan sekiranya wakil rakyat itu sendiri tidak mahu selesaikan.

“Saya sendiri berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu.

“Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat) dan saya rasa mereka tidak ramai. Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyifatkan tindakan Adun BN yang tidak mengambil bahagian itu sebagai ‘protes senyap’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.

Kesemua wakil PAS mendapat pujian kerana berjaya mengemukakan banyak soalan lisan dan bertulis serta mengambil bahagian setiap kali ada perbahasan usul pada sidang Dun Terengganu kali ini.

Bahkan, langsung tidak ada gangguan seperti sebelum ini yang masing-masing cuba menunjukkan ‘jaguh’ berbahas di dewan tersebut.

Antara Adun-adun BN yang sebelum ini kuat ‘berkokok’ iaitu Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan (Jabi), Zawawi (Kuala Berang), Mohamad Ramli Nuh (Tepoh) serta beberapa orang lagi mengambil sikap ‘protes senyap’.  -Buletin Online